Sejarah Penubuhan
Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang
Berdasarkan cabutan minit mesyuarat, Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke- 56 pada 16 Januari 2014, telah bersetuju akan perkara-perkara berikut antaranya;
1) Pengasingan Bahagian Pendakwaan daripada Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) untuk dinaik taraf kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri;
Susulan dari itu, satu memorandum cadangan telah diangkat ke Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah bersidang pada 20 Mac 2015, dengan menimbang dan bersetuju antaranya;
2) Dengan pengasingan Bahagian Pendakwaan Syariah di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) untuk dinaik taraf kepada sebuah jabatan yang dinamakan “Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri ”.
Dengan pengasingan Bahagian Pendakwaan Syariah di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) untuk dinaik taraf kepada sebuah jabatan yang dinamakan “Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri ”.
Berikutan itu juga, satu cabutan minit mesyuarat, Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Pahang Bil.24/2016, pada 27 Julai 2016, telah bersetuju meluluskan cadangan menjadikan Bahagian Pendakwaan Syariah di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebagai satu jabatan baharu dengan nama Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang dan mula beroperasi secara rasminya pada 1 Januari 2017


Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang
Pautan
Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
Peta Laman
Hubungi
Kemaskini Terakhir
Sabtu, 08 Dec 2024 | 4 Jamadilakhir 1446H
Jumlah Pelawat
|
000493
|
|