A A A

Sejarah Penubuhan

Sejarah Awal

Setiap  kes  jenayah  sama  ada  di  dalam  Mahkamah  Syariah  atau  pun  Mahkamah  Sivil hendaklah dimulakan oleh Pendakwa. Pendakwa membawa setiap kes jenayah untuk diadili oleh Hakim yang mengetuai mahkamah-mahkamah tertentu. Peranan Pendakwa bermula dengan  penerimaan kertas siasatan daripada Bahagian Penguatkuasa Agama JAIP. 

Pada awalnya satu perjawatan Pegawai Pendakwa bagi seluruh Negeri Pahang telah mula diwujudkan dan diisi serta ditempatkan di bawah Ketua Jabatan Agama (KJA) di Jabatan Agama Pahang bermula awal tahun 1971. Setelah penstrukturan semula Jabatan Agama Pahang dengan pertukaran nama Ketua Jabatan Agama (KJA) kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan diwujudkan struktur organisasi Jabatan yang baru dengan mengadakan antaranya Bahagian Pendakwaan dan Penguatkuasa Agama dengan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah pada tahun 1992. Disamping itu juga Guru Pelawat Agama telah diberikan tauliah sebagai Pendakwa Daerah bagi membantu seorang Pegawai Pendakwa.

Selepas dikuatkuasakan Enakmen Pentadbiran Ugama Islam No.3 Tahun 1991 pada: 01 Januari 1992 Bahagian ini masih tidak diasingkan lagi dan perjawatan pendakwaan masih belum ditambah sehinggalah dalam tahun 1999, Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Pahang  diasingkan  dengan  Bahagian  Penguatkuasa  Agama  dan  diketuai  oleh  Ketua Pendakwa Syarie mengikut peruntukan Subseksyen 65(1), (2) dan (3) Enakmen. Lantikan Pendakwa Daerah yang ditauliahkan kepada Guru Pelawat Agama dihentikan.

Selepas tahun 1999, Bahagian Pendakwaan JAIP dipisahkan dengan Bahagian Penguatkuasa Agama dan diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie dengan dibantu oleh dua orang Pegawai Pendakwa bagi menguruskan kes-kes jenayah di seluruh Negeri Pahang sehingga tahun 2009. Pada tahun  2009  Bahagian  Pendakwaan  JAIP  distruktur  semula  dengan  ditambah perjawatan Pegawai Pendakwa Syarie dan ditukar skim perkhidmatan dari skim S (Sosial) kepada skim LS (Perundangan dan Kehakiman Syariah). Pegawai Pendakwa Syarie dengan skim LS ini telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk menjalankan segala fungsi Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang dalam tahun 2019.

Image

Tertubuhnya Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang

Berdasarkan cabutan minit mesyuarat,  Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke- 56 pada 16 Januari 2014, telah bersetuju akan perkara-perkara berikut antaranya;

1)  Pengasingan  Bahagian  Pendakwaan  daripada  Jabatan  Agama  Islam  Negeri-negeri (JAIN) untuk dinaik taraf kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri;

Susulan dari itu, satu memorandum cadangan telah diangkat ke Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah bersidang pada 20 Mac 2015, dengan menimbang dan bersetuju antaranya;

2)  Dengan pengasingan Bahagian Pendakwaan Syariah di Jabatan Agama Islam Negeri- negeri (JAIN)  untuk dinaik taraf kepada sebuah jabatan  yang dinamakan “Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri ”.

Usaha ke arah pengasingan ini di peringkat Negeri Pahang telah dibuat mulai tahun 2014 lagi. Satu cabutan minit Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang kali ke-163 yang bersidang pada 21 Oktober 2014 telah bersetuju dengan cadangan pengasingan serta penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang.

Selain itu, cabutan minit Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Pahang Bil. 24/2016, pada 27 Julai 2016, telah bersetuju meluluskan cadangan menjadikan Bahagian Pendakwaan Syariah di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebagai sebuah jabatan dan bersetuju mewujudkan jabatan baharu yang mula beroperasi pada 1 Januari 2019.

Tentang Kami

Melaksanakan pendakwaan syariah yang bebas, berkualiti, berintegriti dan selaras dengan hukum syarak serta peruntukan undang-undang

Hubungi Kami

Tel: 09-517 9341
No. Fax: 09-5137523
Alamat:

Jalan Masjid, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang