Program Ini Melibatkan 48 Ketua Pendakwa Syarie Dan Pendakwa Syarie Dari Seluruh Malaysia. Pengisian Utama Program Ini Adalah Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Dan Bengkel Klasifikasi Fail Kes Yang Diadakan Pada 18,19 Dan 20 Julai Tahun 2022 Di Swissbell Hotel Kuantan. Selain Itu, Program Ini Juga Mengadakan Majlis Makan Malam Bersama Menteri Besar Pahang Yang Diwakili Oleh Yb. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran Dan Kesihatan Negeri Pahang
Merupakan lawatan kerja pertama jabatan ini semenjak ditubuhkan dan jabatan memilih terengganu dan kelantan. Telah berjaya diadakan pada 28, 29 dan 30 mei 2022. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan ilmu pengurusan organisasi jabatan memandangkan ketiga-tiga jabatan ini menjalankan fungsi yang sama. Mendapatkan ilmu pelaksanaan mock trial yang dijalankan. Turut mendapatkan pendedahan tentang pengurusan dan penyimpanan rekod. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan mengeratkan silaturahim pegawai-pegawai antara jabatan.