(KUANTAN) Rabu & Khamis, telah diadakan Muzakarah Pendakwa Syarie Negeri Pahang Kali Ke 7 Tahun 2024 di Residence Inn Cherating, Kuantan Pahang. Ucapan aluan oleh YBrs. Puan Halipah binti Abdul Manaf, Pemangku Ketua Pendakwa Syarie Negeri Pahang.
Pada 20 November 2024, jam 8.30 malam diadakan acara pakaian terbaik mengikut Tema muzakarah pada kali ini “Arabian(Black & Gold)”. Pihak urus setia telah menyediakan hadiah yang menarik kepada pemenang secara individu.
Seterusnya, antara pengisian Muzakarah pada kali ini ialah mengutamakan Advokasi Kod Etika Pendakwa Syarie dan Pembentangan Usul yang berbangkit berkaitan perundangan dan lain-lain.
Selain itu juga, turut dibincangkan berkaitan perundangan serta isu-isu semasa berkenaan perundangan jenayah syariah berlandaskan hukum syarak. Pelbagai lontaran pandangan yang diraikan dan dihormati serta di ambil tindakan segera bagi memperkukuhkan proses-proses dalam setiap tugasan yang diberikan.
Program ini juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan jabatan.
Muzakarah Pendakwa Syarie Negeri Pahang Kali Ke 7 (Muzakarah 1/2024)
- Category: Aktiviti JPSP
- Hits: 53