Accessibility Tools

ARTIKEL JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH PAHANG

Kursus Kesalahan Jenayah Syariah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013: Elemen Pembuktian Dari Sudut Undang-undang

11-13 Jun 2025/14-16 Zulhijjah 1446H
BENTONG, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Kesalahan Jenayah Syariah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013: Elemen Pembuktian Dari Sudut Undang-undang dan Bukti Saintifik bertempat di Anjung Janda Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang. Kursus tersebut turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Khair bin Zainal Abidin, SAP., SMP., AMP. Ketua Pendakwa Syarie (KPS) dan 17 pegawai Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang(JPSP).
Pada 12 jun 2025 (Khamis), telah ditetapkan slot 1 dan 2 berkaitan kesalahan meminum minuman yang memabukkan khususnya "arak" disampaikan oleh Yang Arif Dato' Haji Muhammad Azhari bin Abd Rahman, DIMP., SMP.,AMP. dari Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. Manakala 12 & 13 jun 2025 (jumaat), slot 3 dan 4 berkaitan bukti saintifik telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang.
Antara fokus utama kursus ini bagi mendapatkan penjelasan dari segi hukum syarak, undang-undang berkaitan minuman yang memabukkan. Dengan kursus tersebut juga, semua pegawai dapat melakukan persediaan rapi untuk mengendalikan kertas siasatan
Admin JPSP

Selamat Bersara Ketua Pendakwa Syarie

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs.Tuan Haji Salehuddin bin Abdul Manaf Ketua Pendakwa Syarie (KPS) Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang atas khidmat bakti, sumbangan, dan jasa yang telah dicurahkan.

YBrs. Tuan Haji Salehuddin bin Abdul Manaf telah bersara sebagai penjawat awam kerajaan pada 26 September 2024.

Semoga sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih Allah SWT di sepanjang alam persaraan.

Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:

Warga Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang

JPSP Admin/Editor

Majlis Menandatangani Resolusi Persetujuan Kolokium Perundangan Jenayah Syariah Kali Ke 7

23 September 2024M/19 Rabiulawal 1446H

JENGKA, (ISNIN) 3.00 petang telah diadakan Majlis Menandatangani Resolusi Persetujuan Kolokium Perundangan Jenayah Syariah Kali Ke-7 Antara Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Salehuddin Bin Abdul Manaf, AMP, Ketua Pendakwa Syarie Pahang, turut hadir YAA Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan, DIMP., DSPN., SAP., PJK., Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang dan Tuan Mohd Yursi Bin Aman, Ketua Penolong Pengarah Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang. bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Agama Islam Daerah Jengka, Pahang.

JPSP Admin/Editor

Related Posts