Accessibility Tools

ARTIKEL JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH PAHANG

Persidangan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Dan Bengkel Klasifikasi Fail Kes

Program Ini Melibatkan 48 Ketua Pendakwa Syarie Dan Pendakwa Syarie Dari Seluruh Malaysia. Pengisian Utama Program Ini Adalah Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Dan Bengkel Klasifikasi Fail Kes Yang Diadakan Pada 18,19 Dan 20 Julai Tahun 2022 Di Swissbell Hotel Kuantan. Selain Itu, Program Ini Juga Mengadakan Majlis Makan Malam Bersama Menteri Besar Pahang Yang Diwakili Oleh Yb. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran Dan Kesihatan Negeri Pahang 

JPSP Admin/Editor

Merupakan lawatan kerja pertama jabatan ini semenjak ditubuhkan dan jabatan memilih terengganu dan kelantan. Telah berjaya diadakan pada 28, 29 dan 30 mei 2022. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan ilmu pengurusan organisasi jabatan memandangkan ketiga-tiga jabatan ini menjalankan fungsi yang sama. Mendapatkan ilmu pelaksanaan mock trial yang dijalankan. Turut mendapatkan pendedahan tentang pengurusan dan penyimpanan rekod. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan mengeratkan silaturahim pegawai-pegawai antara jabatan.

JPSP Admin/Editor

(KUANTAN) Rabu & Khamis,  telah diadakan Muzakarah Pendakwa Syarie Negeri Pahang Kali Ke 7 Tahun 2024 di Residence Inn Cherating, Kuantan Pahang. Ucapan aluan oleh YBrs. Puan Halipah binti Abdul Manaf, Pemangku Ketua Pendakwa Syarie Negeri Pahang. 

Pada 20 November 2024, jam 8.30 malam diadakan acara pakaian terbaik mengikut Tema muzakarah pada kali ini “Arabian(Black & Gold)”. Pihak urus setia telah menyediakan hadiah yang menarik kepada pemenang secara individu. 

Seterusnya, antara pengisian Muzakarah pada kali ini ialah mengutamakan Advokasi Kod Etika Pendakwa Syarie dan Pembentangan Usul yang berbangkit berkaitan perundangan dan lain-lain. 

Selain itu juga, turut dibincangkan berkaitan perundangan serta isu-isu semasa berkenaan perundangan jenayah syariah berlandaskan hukum syarak. Pelbagai lontaran pandangan yang diraikan dan dihormati serta di ambil tindakan segera bagi memperkukuhkan proses-proses dalam setiap tugasan yang diberikan.
Program ini juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan jabatan. 

JPSP Admin/Editor

Related Posts