Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor
- Jaringan Awan Super Admin
- Category: Aktiviti JPSP
- Hits: 69
(RABU) 24 Julai 2024M/18 Muharam 1446H
(SELANGOR) jam 9.00 pagi, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang(JPSP) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor. Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Salehuddin bin Abdul Manaf.AMP, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Pahang bersama beberapa orang pegawai dan kakitangan. Delegasi JPSP telah disambut baik oleh YBrs. Tuan Haji Zainor Rashid bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor(JPSS).
Fokus utama adalah berkaitan statistik kes jenayah syariah, isu perundangan syariah di Malaysia serta bertukar pandangan dari pelbagai sudut berkaitan dengan undang-undang dan hukum syarak. Seterusnya JPSP juga berpeluang mengadakan lawatan ke bahagian-bahagian di JPSS untuk mengetahui perjalanan dari segi pengurusan pentadbiran dan lain-lain.
Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhuwah sesama muslim.