19 Februari 2024/ 9 Syaaban 1445 Hijrah
(ISNIN) Jam 9.30 bertempat di Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan(JPeNS) telah menerima lawatan kerja dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang. Lawatan tersebut diketuai oleh Tuan Haji Salehuddin Bin Abdul Manaf Ketua Pendakwa Syarie JPSP dan disambut baik oleh Warga JPeNS diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie, YM Tuan Raja Mazlan Bin Raja Deraman.
Objektif utama lawatan ini adalah berkenaan dengan organisasi, perundangan syariah di Malaysia khususnya berkaitan jenayah syariah samada dari kesan dan solusinya. Selain itu juga, turut dibincangkan juga peranan pendakwaan serta proses pendakwaan yang lebih telus, cekap dan berintergriti.
Selain itu juga, bertukar pandangan samada dari sudut undang-undang dan hukum syarak. Semoga pertemuan ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama muslim.