Accessibility Tools

ARTIKEL JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH PAHANG

Ziarah Kasih

(KUANTAN) isnin, jam 1.00 petang telah diadakan ziarah kasih terhadap Puan Halipah binti Abdul Manaf,
Ketua Bahagian Perbicaraan Dan Rayuan Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang di KMI Kuantan
Medical Centre(KMI KUANTAN). Semoga segala urusan dipermudah dan segera sembuh.

JPSP Admin/Editor

Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

18-20 OGOS 2024M/13-15 SAFAR 1446H

(CAMERON HIGHLANDS) telah diadakan Kursus Kumpulan Inovatif Dan Kreatif(KIK) Peringkat Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang di Hotel Avillion Cameron Highlands. Kursus ini telah disampaikan oleh YAA Dato’ Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Encik Mohd Fairus bin Mohd Isa, Penghulu Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dan Ts Muhaimin Mustaqim bin Jamaludin, Penolong Setiausaha Kanan, Seksyen Kualiti, Unit Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Tujuan kursus ini diadakan untuk membuat persediaan bagi menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam Pahang(KIKSA PAHANG) yang akan diadakan pada setember 2024.

JPSP Admin/Editor

Diskusi Perundangan Jenayah Syariah Peringkat Kebangsaan 2024

6 Ogos 2024M/ 1 Safar 1446H

(PEKAN) jam 8.00 malam telah berlangsung Diskusi Perundangan Jenayah Syariah Peringkat Kebangsaan 2024 di Hotel Ancasa Royale Pekan, Pahang anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang(JPSP)yang dirasmikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan. DIMP., DSPN., SAP., PJK.

Turut hadir Ketua Pendakwa Syarie Negeri Pahang, YBrs. Tuan Haji Salehuddin bin Abdul Rahman.AMP, YH Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Dato’ Abdul Zaki bin Md Zin, YBhg. Timbalan Pengurus Besar Zakat Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim, Encik Saifuddin bin Abdul Karim mewakili Dekan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah(UNIPSAS).

Selain itu, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang juga telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Kertas Siasatan: Ke Arah Pemerkasaan, Panguatkuasaa dan Pendakwaan Dari Sudut Pandang Mahkamah Syariah”.

Program tersebut diceriakan lagi dengan persembahan dari Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang serta persembahan Twosday Buskers.

JPSP Admin/Editor

Related Posts