Accessibility Tools

ARTIKEL JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH PAHANG

Diskusi Perundangan Jenayah Syariah Peringkat Kebangsaan 2024

Diskusi Perundangan Jenayah Syariah Peringkat Kebangsaan 2024

6 Ogos 2024M/ 1 Safar 1446H

(PEKAN) jam 8.00 malam telah berlangsung Diskusi Perundangan Jenayah Syariah Peringkat Kebangsaan 2024 di Hotel Ancasa Royale Pekan, Pahang anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang(JPSP)yang dirasmikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan. DIMP., DSPN., SAP., PJK.

Turut hadir Ketua Pendakwa Syarie Negeri Pahang, YBrs. Tuan Haji Salehuddin bin Abdul Rahman.AMP, YH Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Dato’ Abdul Zaki bin Md Zin, YBhg. Timbalan Pengurus Besar Zakat Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim, Encik Saifuddin bin Abdul Karim mewakili Dekan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah(UNIPSAS).

Selain itu, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang juga telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Kertas Siasatan: Ke Arah Pemerkasaan, Panguatkuasaa dan Pendakwaan Dari Sudut Pandang Mahkamah Syariah”.

Program tersebut diceriakan lagi dengan persembahan dari Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang serta persembahan Twosday Buskers.

JPSP Admin/Editor

Related Posts