Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka
- Jaringan Awan Super Admin
- Category: Aktiviti JPSP
- Hits: 57
(ISNIN) 22 Julai 2024M/16 Muharam 1446H
(MELAKA) jam 9.00 pagi, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang(JPSP) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka. Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Salehuddin bin Abdul Manaf.AMP, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Pahang bersama beberapa orang pegawai dan kakitangan. Delegasi JPSP telah disambut baik oleh Tuan Atras bin Hj. Mohamad Zin, Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka(JPeNM) .
Antara perkara yang dibincangkan ialah isu perundangan syariah di Malaysia serta bertukar pandangan dari pelbagai sudut berkaitan dengan undang-undang dan hukum syarak. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhuwah sesama muslim.